Jemaah adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma dan syarat ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh syarikat.
Sebaik sahaja jemaah membayar wang ansuran pertama dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan syarikat, maka dengan itu jemaah telah terikat melalui kontrak dengan 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗.
dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini.
(Seperti yang dipersetujui di dalam Borang Pendaftaran)
PEMBAYARAN BAKI PAKEJ
• Deposit RM1,000 seorang
(Perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran dilakukan).
• Bayaran penuh hendaklah diselesaikan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
• Semua bayaran hendaklah dibuat terus ke akaun berikut:
CIMB Bank
No. Akaun: 8606019575
Nama Akaun: Hijra Manasik Travel & Tours Sdn. Bhd. Segala transaksi melalui akaun selain daripada akaun di atas adalah tidak sah.
Sila sertakan slip bayaran atau resit rasmi sebagai bukti pembayaran.
2. PERTUKARAN TARIKH PENERBANGAN
• Sebarang pertukaran tarikh hanya dibenarkan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh penerbangan.
• Pertukaran tarikh yang dibuat selepas tempoh ini akan dikenakan penalti sebanyak RM300 bagi setiap
PEMBATALAN PAKEJ
Segala pembatalan pada wang deposit hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh DUA (2) bulan sebelum tarikh berlepas dan caj penalti akan dikenakan sebanyak RM 300.00 sebagai caj pengurusan atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:
| PEMBATALAN DITERIMA | CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG |
| 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | Perlucutan deposit pelancongan |
| 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
| 8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
| 3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
| 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
PENGEMBALIAN DEPOSIT
• Sebarang pengembalian deposit akan mengambil tempoh sehingga satu (1) bulan dari tarikh borang pengembalian diterima oleh pihak Hijra Manasik Travel & Tours Sdn. Bhd.
MAKLUMAN TAMBAHAN
• Semua urusan pembayaran, pertukaran tarikh, dan pembatalan hanya sah melalui saluran rasmi Hijra Manasik Travel & Tours Sdn. Bhd.
• Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang dibuat melalui pihak ketiga atau akaun selain daripada akaun rasmi syarikat.
TERMA PERMOHONAN VISA
Permohonan visa mengikut pakej adalah menggunakan Visa Pelancong (Visa Tourist). Namun, jemaah boleh memilih untuk menggunakan Visa Umrah dengan caj tambahan.
Kelulusan permohonan Visa adalah tertakluk di bawah pengurusan Kerajaan Arab Saudi dan bukan di bawah bidang kuasa pihak syarikat.
Sekiranya permohonan visa ditolak (Rejected) oleh Kerajaan Arab Saudi, pihak Kerajaan Arab Saudi tidak akan membuat pemulangan wang (Refund) untuk pembayaran yang telah dijelaskan.
Pihak syarikat tidak bertanggungjawab kepada sebarang sebab penolakan visa oleh Kerajaan Arab Saudi serta caj yang telah hangus apabila semua dokumen yang diperlukan telah dikemukakan.
Sebarang bayaran tambahan untuk permohonan visa baru (alternatif : Visa Umrah atau Visa On Arrival) haruslah ditanggung sepenuhnya oleh Jemaah seperti ditakrifkan dalam Akta Industri Pelancongan 1992; Jadual Keempat; Fasal 5.3 dan 5.5
HARGA PAKEJ ADALAH TIDAK TERMASUK:
Perkhidmatan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
Bayaran lebihan timbangan bagasi.
PERKHIDMATAN PAKEJ YANG TIDAK DIGUNAKAN
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.